Sunday, April 1, 2012

KATA-KATA HIKMAH

MUTIARA KATA

MUTIARA KATA

TAJUK 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG

Pengenalan
Melalui seminar dan pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya msyarakat luar.

Mengadakan seminar
Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.



Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer
  •  Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
  • Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar

Kelebihan
  • Berguna kepada peserta yang terlibat
  • Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
  • Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru

Kekurangan
  •  Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
  •  Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
  •  Sering dijalankan untuk seminar pendidikan




TUJUAN SEMINAR

  • Mempamerkan bahan Bahasa Melayu berbantukan komputer.
  • Memperlihatkan kepelbagaian bahan bantu mengajar kepada pelatih-pelatih dan guru-guru.

RUMUSAN DALAM PETA MINDA


Mengadakan Pameran

Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.

Ciri-ciri pameran Bahasa melayu berbantukan komputer
  •  Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
  • Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
  • Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang


MINGGU 14: BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


MAKSUD CAKERA PADAT



CARA CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA


PERBEZAAN CD DAN DVD

MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

JENIS-JENIS CAKERA PADAT


Definisi
Cakera padat (bahasa Inggeriscompact disc atau CD) adalah  cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini (2007). Sebuah CD audio terdiri daripada satu atau lebih runut stereo yang disimpan menggunakan pengekodan PCM 16-bit pada kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan). Terdapat juga cakera 80 mm yang kekadang digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.
Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali (CD-R dan CD-RW). CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini (2007). CD dan produk-produk lanjutannya telah amat berjaya: pada tahun 2004, jualan tahunan CD-Audio, CD-ROM, dan CD-R di seluruh dunia mencapai sekitar 30 bilion keping cakera.

Memahami cakera padat CD dan DVD
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.

Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.

Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format. Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.

Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja.
Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama.
Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.

Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVDsedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.

Format DVD
Ciri-ciri
DVD-R
DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
DVD+R
Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-RAM
DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.
DVD-RW
DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secaraurutan.
DVD+RW
Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-R/W
Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).
DVD+R/W
Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)


Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
Keselamatan ICT sekolah
1. Empat aspek
  • Tanggungjawab
  • Keselamatan fizikal
  • Keselamatan sistem
  • Keselamatan data
Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai maklumat karajaan.
Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.
Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh pengguna.
Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses dengan kata laluan.

Penjagaan Cakera Liut
  • jangan sentuh bahagian cekera yang terdedah
  • jangan letak benda berat di atasnya
  • jauhi daripada makanan, minuman, debu dan asap
  • jauhi daripada medan magnet
  • jauhi daripada kepanasan dan kesejukan yang ekstrim
  • masukkan disket dengan cermat ke dalam pemacu cakera
  • selalu simpan disket dalam kotak apabila tidak diguna

Rujukan: 


MINGGU 13 : MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU


  1. MENGGUNAKAN ANIMASI PERKATAAN DAN OBJEK POWER POINT
  2. MENCARI, MENGUMPUL, MENYESUAIKAN DAN MENGGUNAKAN ANIMASI DARIPADA INTERNET
  3. MEMANIPULASI ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN

Pengenalan

Animasi / Grafik
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia sukakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.

Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Ia membolehkan sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej- imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.
Penggunaan animasi boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR). Format fail animasi tambahan adalah seperti format fail Quick Time (mov) atau Video for Windows (avi).

Animasi Gel
  • Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setiap kerangka frame
  • Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
  • Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik.

Animasi Komputer
  • Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel : manggunakan layer, keyframe, tweening
  • Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effek.

Power point
  • Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.
  • Mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan grafik yang dapat menarik minat penonton secara sepontan.
  • Boleh digunakan sebagai alat persembahan atau alat bantuan instruksi.
  • Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar seperti kuliah, kumpulan kecil seperti kumpulan perbincangan atau individu.
  • Boleh kurang, pinda, tambah atau bina slaid baru semasa persembahan dijalankan.
  • Boleh menyediakan nota penyampai atau speaker note dibahagian bawah slaid yang diedit. Ini akan membantu penyampai untuk menjelaskan lagi isi utama.

MENGGUNAKAN ANIMASI PERKATAAN DAN OBJEK POWER POINT


MENCARI, MENGUMPUL, MENYESUAIKAN DAN MENGGUNAKAN ANIMASI DARIPADA INTERNET









TAJUK 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU


i. Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran 
   Bahasa Melayu sekolah rendah.

ii. Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
  
a)   Terdapat pelbagai jenis alat pengarangan multimedia yang berasaskan kepada  
       metafora turutan atau organisasi elemen multimedia.
b)  Antaranya ialah:
·         Kad atau alat berasaskan muka surat
o   Elemen multimedia disusun sebagai muka surat buku atau himpunan kad.
o   Beribu himpunan elemen dikumpul dalam satu himpunan.
o   Pembangun boleh berpindah dari satu kad ke satu kad sesuai dengan corak atau struktur navigasi yang ditetapkan.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahHypercard (macintosh), superCard(macintosh/windows) & Asymetrix Toolbook (windows)

·         Alat berasaskan ikon/adegan
o   Elemen multimedia/adegan disusun sebagai objek dalam rangka kerja berstruktur.
o   Paparkan aktiviti aliran  gambarajah sepanjang laluan yang bercabang.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahMacromedia Authoware(macintosh/windows), IconAuthor(windows) & Quest (windows)

·         Alat berasaskan masa
o   Elemen multimedia disusun disepanjang satu garisan masa dengan resolusi setinggi 1/30 saat.
o   Bingkai grafik akan dimainkan semula mengikut kadar yang ditetapkan oleh pereka.
o   Penambahan navigasi & kawalan interaktif perlu untuk bergerak kemana-mana lokasi.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahMacromedia Director(macintosh/windows). Bahasa lingodigunakan sebagai bahasa pengaturcaraan.

·         Alat berorientasikan objek
o   Elemen multimedia/adegan menjadi objek dalam bentuk hirarki.
o   Mesej dihasilkan menerusi arahan/penerangan yang telah sedia ada.
o   Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahmTropolis (macintosh/windows),Quarklmmedia (macintosh/windows) & MediaForge (windows).




·         Contoh alat pengarangan jenis alat berasaskan masa :

·         Contoh alat pengarangan jenis alat berorientasikan objek

Rujukan: http://bmm5atin.blogspot.com/2011/04/minggu-12.html