Monday, March 26, 2012

TAJUK 7 : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


  • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat 
  • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran. 
  • Membina bahan 

 Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat



PRINSIP-PRINSIP MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT 




PROSES YANG TERLIBAT DALAM PEMPROSESAN MAKLUMAT






Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran
menggunakan tapak pembelajaran




  • Pilih satu tapak pembelajaran dalam laman web yang sedia ada atau lawan web anda. Sebagai contoh pilih www.tutor.com.my.
  • Contoh aktiviti : Guru menggunakan tapak pembelajaran untuk mengajar Penulisan/karangan bahasa melayu kepada murid-murid.


LANGKAH-LANGKAH PENGAPLIKASIAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Image+33.png (471×340)

Image+34.png (462×331)


Image+35.png (463×274)


Image+36.png (463×550)

Membina bahan

Berdasarkan bahan yang telah diperoleh sebentar tadi, guru boleh menggunakan kreativiti guru untuk menentukan cara penyampaian yang lebih sesuai sama ada dibuat dalam bentuk teks biasa, menggunakan power point atau menggunakan formula. 



 PROSES PEMBINAAN BAHAN MENGGUNAKAN POWER POINT



 


Image+2.png (420×186)



Image+3.png (468×334)


Image+5.png (454×183)





TAJUK 6-  MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


  • Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian

Pengenalan
  • Struktur perpautan lebih dikenali sebagai “hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.

  • Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.

  • Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.

  • Terdapat empat jenis struktur perpautan iaitu:


 

(i) Struktur hierarki

 


Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:


 


Struktur hierarki

(ii) Struktur komposit
  • Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
  • Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

Kesan kepada murid
  • Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
Kepentingan akses struktur perpautan
  • Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.

(iii) Struktur linear

  • Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
  • Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.


 


Struktur linear

(iv) Struktur Rangkaian

 


Contoh urutan perpautan bagi struktur hierarki:








 
TAJUK 5 - MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU 


  • Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
  • Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.



Pengenalan

Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja.


Kepentingan membina laman web

Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:

i. Memaparkan idea


• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.



ii. Meningkatkan kebolehan diri


• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet



iii. Komunikasi maya


• Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama



iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna


Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.

Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran:










Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Tapak pembelajaran sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.

 

Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.


Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran

Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah  :


BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik

Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.

3
Font atau muka taip

  • Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
  • Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
  • Font yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
  • Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:

          - Ketebalan
          - Italic
          - Bergaris
          - Warna dan saiz fon berlainan.
          - Huruf berkedip : sesuai untuk    
            tarik perhatian pembaca pada                
            sesuatu tempat.

Ikon

Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)


Pautan hyperteks

  • Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
  • Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan.


Format gambar

  • Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:

           - JPEG (* .jpeg)
           - GIF (* .gif)
  • Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
  • Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.

Format fail gambar

Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.

Animasi

  • Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
  • Animasi multimedia lebih kompleks
  • Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
  • Penggunaan SWF ( Macromedia Flash ) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.




PROSEDUR MEMUAT NAIK TAPAK PEMBELAJARAN DAN LAMAN WEB KE FILE MANAGER

  • Siapkan Tapak Pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak Pembelajaran seperti yang disedakan. Klik File, Publish to the Web ... dan namakan fail sebagai index
  • Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang.
    Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod.


                  


  • Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan.
  • Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.                                                                                                                                                  
  • Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.




  • Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik File Manager.




  • Apabila anda mengelik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager.



  • Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.




  • Klik pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan dapat anda lihat.




  • Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.




  • Klik pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload.


Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin komputer.



Pada paparan skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File 1://index.htm. Klik Close. Apabila mengelik Close, paparan berikut akan ditunjukkan.




  • Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm. Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang berikut.



  • Anda akan dapat melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini, kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita lakukan.
  • Sila klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan.




  • Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam konteks ini http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah hasilnya.

  • Tamatlah bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke dalam web. Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak Pembelajaran anda