Friday, April 13, 2012

MINGGU 1

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

1. Menggunakan web, video, audio, dan imej

1.1 Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.

Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:
  1. www.yahoo.com
  2. www.yahoo.co.uk
  3. www.yahoo.com.my
  4. www.google.com

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan 
www.youtube.comLihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan

Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.

Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.


1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.

Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.

Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.

Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.


1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.

Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.


Contoh:

Alamat Internet
1.         Resepi Puding Marble:

2.         Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

3.         Lagu Bangau Oh Bangau

4.         Kisah Si Tanggang

5.         Buah- buahan Tempatan



Katalog Alamat Internet

Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
 -Tajuk
 -URL
 -Sinopsis

Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Internet


1)         Tajuk              : Resepi Puding Marble:
URL                : http://www.myresipi.com/top/detail/7998
Sinopsis        : Laman sesawang ini mengenai cara-cara membuat Puding
                          Marble. Laman ini juga menjadi panduan bagi menghasilkan
  puding dengan langkah yang mudah dan pantas.

2)         Tajuk              : Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
URL                : http://tatabahasabm.tripod.com/tata/amajmuk.htm
Sinopsis        : Laman sesawang mengenai kategori dan jenis ayat tunggal    
 dan ayat  majmuk beserta contoh.





3)         Tajuk              : Lagu  Bangau Oh Bangau
URL               : http://www.youtube.com/watch?v=PvJsRXA1qWk
Sinopsis        : Laman sesawang ini merupakan laman carian bagi lagu kanak-kanak yang
          amat sesuai untuk digunakan dalam bahan bantu belajar. Lagu-lagu yang
          dibawakan mudah menjadi ikut dan memberi banyak nilai murni kepada murid-
          murid.



4)         Tajuk              : Kisah Si Tanggang
URL                : http://www.youtube.com/watch?v=qBlKzfxXFxY
Sinopsis        : Laman sesawang mengenai kisah dongeng mengenai anak derhaka yang
          disumpah menjadi batu oleh ibu kandungnya. Kisah ini banyak memberi
          pengajaran dan sesuai dijadikan  teladan buat kanak-kanak.




5)         Tajuk              : Buah- buahan Tempatan
           
URL                :                                  

            Sinopsis        : Laman ini memaparkan buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia.   
          Laman ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada guru dan murid  
          untuk mendapat rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
                 

TAJUK 14

Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa m13

TAJUK 13

Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa m13

TAJUK 12

minggu 11

TAJUK 11

minggu 11

TAJUK 10

MGU 10 BMM3105

TAJUK 9

minggu 9

TAJUK 8

MELAKSANAKAN SIMULASI

TAJUK 7

Powerpoint Bm Gabung

TAJUK 6

Powerpoint Bm Gabung

TAJUK 5

Presentation BMM 3105



Shafeez Dan Atan

TAJUK 4

minggu 4



BMM3105 MINGGU 4




pembentangan