TAJUK 12 : MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
i. Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah.
ii. Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
a) Terdapat pelbagai jenis alat pengarangan multimedia yang berasaskan kepada
metafora turutan atau organisasi elemen multimedia.
metafora turutan atau organisasi elemen multimedia.
b) Antaranya ialah:
· Kad atau alat berasaskan muka surat
o Elemen multimedia disusun sebagai muka surat buku atau himpunan kad.
o Beribu himpunan elemen dikumpul dalam satu himpunan.
o Pembangun boleh berpindah dari satu kad ke satu kad sesuai dengan corak atau struktur navigasi yang ditetapkan.
o Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahHypercard (macintosh), superCard(macintosh/windows) & Asymetrix Toolbook (windows)
· Alat berasaskan ikon/adegan
o Elemen multimedia/adegan disusun sebagai objek dalam rangka kerja berstruktur.
o Paparkan aktiviti aliran gambarajah sepanjang laluan yang bercabang.
o Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahMacromedia Authoware(macintosh/windows), IconAuthor(windows) & Quest (windows)
· Alat berasaskan masa
o Elemen multimedia disusun disepanjang satu garisan masa dengan resolusi setinggi 1/30 saat.
o Bingkai grafik akan dimainkan semula mengikut kadar yang ditetapkan oleh pereka.
o Penambahan navigasi & kawalan interaktif perlu untuk bergerak kemana-mana lokasi.
o Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahMacromedia Director(macintosh/windows). Bahasa lingodigunakan sebagai bahasa pengaturcaraan.
· Alat berorientasikan objek
o Elemen multimedia/adegan menjadi objek dalam bentuk hirarki.
o Mesej dihasilkan menerusi arahan/penerangan yang telah sedia ada.
o Antara jenis alat pengarangan tersebut ialahmTropolis (macintosh/windows),Quarklmmedia (macintosh/windows) & MediaForge (windows).
· Contoh alat pengarangan jenis alat berasaskan masa :
· Contoh alat pengarangan jenis alat berorientasikan objek
No comments:
Post a Comment