Tuesday, March 27, 2012

Tajuk 8 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN


Pengenalan
Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya. Pengajaran luar talian pula didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian:
 
i.              Dapat mengakses bahan dengan cepat 
ii.            Kepelbagaian bahan di internet
iii.           Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan

Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian:
i.              Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar 
ii.                  Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii.                Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)  

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN

  1. Murid-murid gemar untuk menggunakan komputer dan internet.
  2. Sifat sebegini yang dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
  3. Untuk membantu guru supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat Internet.
  4. Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran.

Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut:
  • Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
  • Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid lakukan
  • Minta murid melayari laman web yang disediakan
  • Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik.

Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran.
LANGKAH 1 :
  • Guru mengakses internet dan membuka portal pendidikan untuk pembelajaran.
  • Lihat contoh portal pendidikan di bawah :
·                                   http://upsrbm.tripod.com/bk.htm




LANGKAH 2 :

  • Guru akan memilih tatabahasa yang hendak diajar pada hari tersebut dan mengikut sukatan pelajaran.
  • Contohnya guru tersebut memilih untuk mengajar golongan kata pada hari tersebut, maka guru akan klip pada kata kerja.
  • Lihat contoh di bawah selepas perkataan kata kerja diklik :



    LANGKAH 3 :
    • Guru akan mengajar kata kerja berdasarkan apa yang terdapat di portal pendidikan 
    • tersebut.
    • Guru akan memberikan beberapa contoh kata nama serta menyuruh murid-murid 
    • memberi contoh kata nama.
    LANGKAH 4 :

    Selepas itu, guru akan memberikan latihan kepada murid-murid.
    Guru boleh menggunakan latihan yang terdapat di dalam portal pendidikan tersebut.

    LANGKAH 5 :


      • Guru akan klik pada perkataan latihan 1. Lihat contoh di atas selepas latihan 1 diklik :
      • Guru boleh memanggil murid-murid untuk menjawab soalan-soalan latihan yang
      • terdapat di portal pendidikan ini. Akhir sekali guru akan memberi kerja iaitu menyalin 
      • soalan di dalam buku latihan.

    No comments:

    Post a Comment