Tuesday, March 27, 2012

TAJUK 10: MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU


Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan : 

(i) Penentuan peringkat pengajaran

(ii) Kemahiran bahasa


(i) Penentuan peringkat pengajaran
Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio   
dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio. 

Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu: 


Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

( ii ) Kemahiran Berbahasa

Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebagai bahan bantu mengajar pada hari iti kerana ianya tidak relevan. 

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.

Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.

Prinsip Pembinaan Bahan Video dan Audio :

Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.

· Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat. 
· Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian. 
· Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai 
· Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan 
kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan. 
· Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain. 

Penggunaan elemen grafik dan visual:
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak 
seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
  • Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
  • Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia  boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan. 

Penggunaan elemen audio
Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. 

Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.



Panduan meggunakan elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan. Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam 
minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

Membina Bahan Video dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membina bahan audio dan video,
antaranya ialah :


(i) Membina bahan video 


LANGKAH 1 & 2


LANGKAH 3


LANGKAH 4


LANGKAH 5

Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.


Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.


TAJUK 9 - MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN MENJADI BROSUR, NEW LETTER, DAN KAD PENGUMUMAN

Prosedur pengeditan:
  • Prinsip pengeditan
  • Melaksanakan pengeditan
  • Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.

PRINSIP PENGEDITAN


  • Perlulah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Tidak boleh mengedit sebarangan tanpa kebenaran pemiliknya.
  • Mengedit perlulah dengan tekun dan sabar kerana bukan mudah untuk mengedit sesuatu maklumat.
  • Perlu lebih telita sewaktu mengedit.


PROSEDUR PENGEDITAN


MENGGUNAKAN MYBROUCHERMAKER









LANGKAH 1


LANGKAH 2


LANGKAH 3


LANGKAH 4


LANGKAH 5


LANGKAH 6


Save dan cetakkan brosur anda setelah siap.










Tajuk 8 : PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN


Pengenalan
Pengajaran atas talian merupakan pengajaran di mana komputer atau laptop pengguna bersambung dengan talian internet. Pengajaran ini berlangsung dengan menggunakan bahan yang ada di internet dan digunakan secara langsung setelah mengaksesnya. Pengajaran luar talian pula didefinasikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

Kelebihan pengajaran secara atas talian:
 
i.              Dapat mengakses bahan dengan cepat 
ii.            Kepelbagaian bahan di internet
iii.           Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan

Kekangan mengadakan pembelajaran secara atas talian:
i.              Persekitaran tidak mempunyai alat untuk menyambung talian jalur lebar 
ii.                  Alat penyambung talian tidak berfungsi
iii.                Sukar mendapatkan talian diluar kawasan (pengguna broadband)  

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN DAN LUAR TALIAN

  1. Murid-murid gemar untuk menggunakan komputer dan internet.
  2. Sifat sebegini yang dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.
  3. Untuk membantu guru supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat Internet.
  4. Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran.

Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut:
  • Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
  • Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid lakukan
  • Minta murid melayari laman web yang disediakan
  • Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik.

Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran.
LANGKAH 1 :
  • Guru mengakses internet dan membuka portal pendidikan untuk pembelajaran.
  • Lihat contoh portal pendidikan di bawah :
·                                   http://upsrbm.tripod.com/bk.htm




LANGKAH 2 :

  • Guru akan memilih tatabahasa yang hendak diajar pada hari tersebut dan mengikut sukatan pelajaran.
  • Contohnya guru tersebut memilih untuk mengajar golongan kata pada hari tersebut, maka guru akan klip pada kata kerja.
  • Lihat contoh di bawah selepas perkataan kata kerja diklik :



    LANGKAH 3 :
    • Guru akan mengajar kata kerja berdasarkan apa yang terdapat di portal pendidikan 
    • tersebut.
    • Guru akan memberikan beberapa contoh kata nama serta menyuruh murid-murid 
    • memberi contoh kata nama.
    LANGKAH 4 :

    Selepas itu, guru akan memberikan latihan kepada murid-murid.
    Guru boleh menggunakan latihan yang terdapat di dalam portal pendidikan tersebut.

    LANGKAH 5 :


      • Guru akan klik pada perkataan latihan 1. Lihat contoh di atas selepas latihan 1 diklik :
      • Guru boleh memanggil murid-murid untuk menjawab soalan-soalan latihan yang
      • terdapat di portal pendidikan ini. Akhir sekali guru akan memberi kerja iaitu menyalin 
      • soalan di dalam buku latihan.

    Monday, March 26, 2012

    TAJUK 7 : MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


    • Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat 
    • Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran. 
    • Membina bahan 

     Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat



    PRINSIP-PRINSIP MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT 




    PROSES YANG TERLIBAT DALAM PEMPROSESAN MAKLUMAT






    Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran
    menggunakan tapak pembelajaran




    • Pilih satu tapak pembelajaran dalam laman web yang sedia ada atau lawan web anda. Sebagai contoh pilih www.tutor.com.my.
    • Contoh aktiviti : Guru menggunakan tapak pembelajaran untuk mengajar Penulisan/karangan bahasa melayu kepada murid-murid.


    LANGKAH-LANGKAH PENGAPLIKASIAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

    Image+33.png (471×340)

    Image+34.png (462×331)


    Image+35.png (463×274)


    Image+36.png (463×550)

    Membina bahan

    Berdasarkan bahan yang telah diperoleh sebentar tadi, guru boleh menggunakan kreativiti guru untuk menentukan cara penyampaian yang lebih sesuai sama ada dibuat dalam bentuk teks biasa, menggunakan power point atau menggunakan formula. 



     PROSES PEMBINAAN BAHAN MENGGUNAKAN POWER POINT



     


    Image+2.png (420×186)



    Image+3.png (468×334)


    Image+5.png (454×183)