Selamat Datang ke laman informasi BMM 3105.. Blog ini memberi maklumat dan input kepada anda mnegenai kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Anda juga boleh melawat blog-blog hebat guru pelatih Pengajian Melayu (ambilan Jan 2011) IPG Kampus Tuanku Bainun dalam pautan yang disediakan dalam blog ini.
Saturday, April 14, 2012
Friday, April 13, 2012
MINGGU 1
PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
1. Menggunakan web, video, audio, dan imej
1.1 Menggunakan laman web.
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:

Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.comLihat contoh di bawah.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

1.2 Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.
Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

1.3 Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.
1.3.1 Alamat Internet
Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.

Contoh:
Alamat Internet
1. Resepi Puding Marble:
2. Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
3. Lagu Bangau Oh Bangau
4. Kisah Si Tanggang
5. Buah- buahan Tempatan
Katalog Alamat Internet
Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
-Tajuk
-URL
-Sinopsis
Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.

Katalog Internet
1) Tajuk : Resepi Puding Marble:
Sinopsis : Laman sesawang ini mengenai cara-cara membuat Puding
Marble. Laman ini juga menjadi panduan bagi menghasilkan
puding dengan langkah yang mudah dan pantas.
2) Tajuk : Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
Sinopsis : Laman sesawang mengenai kategori dan jenis ayat tunggal
dan ayat majmuk beserta contoh.
3) Tajuk : Lagu Bangau Oh Bangau
Sinopsis : Laman sesawang ini merupakan laman carian bagi lagu kanak-kanak yang
amat sesuai untuk digunakan dalam bahan bantu belajar. Lagu-lagu yang
dibawakan mudah menjadi ikut dan memberi banyak nilai murni kepada murid-
murid.
4) Tajuk : Kisah Si Tanggang
Sinopsis : Laman sesawang mengenai kisah dongeng mengenai anak derhaka yang
disumpah menjadi batu oleh ibu kandungnya. Kisah ini banyak memberi
pengajaran dan sesuai dijadikan teladan buat kanak-kanak.
5) Tajuk : Buah- buahan Tempatan
URL :
Sinopsis : Laman ini memaparkan buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia.
Laman ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada guru dan murid
untuk mendapat rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Thursday, April 12, 2012
Monday, April 9, 2012
Sunday, April 1, 2012
TAJUK 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
Pengenalan
Melalui seminar dan pameran ini, Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat diperkenalkan kepada orang ramai khusunya msyarakat luar.
Mengadakan seminar
Menurut Drs. Nasrul Effendy dalam Dasar-dasar keperawatan kesehatan masyarakat (1997) seminar boleh didefinasikan sebagai satu cara dimana sekelompok orang berkumpul untuk membahas suatu masalah dibawah bimbingan seorang ahli yang menguasai bidangnya.
Ciri-ciri seminar bahasa Melayu berbantukan komputer
- Memberi kesempatan diskusi berkaitan Bahasa Melayu berbantukan komputer antara peserta dan panel
- Menggalakkan peserta mengambil bahagaian secara aktif dalam seminar
Kelebihan
- Berguna kepada peserta yang terlibat
- Peserta dapat mempelajari topik secara mendalam
- Menyediakan bahan dan keteranagn yang baru
Kekurangan
- Sukar untuk mendapatkan panel seminar yang berkualiti
- Memerlukan jawatankuasa yang besar dalam melaksanakannya
- Sering dijalankan untuk seminar pendidikan
TUJUAN SEMINAR
- Mempamerkan bahan Bahasa Melayu berbantukan komputer.
- Memperlihatkan kepelbagaian bahan bantu mengajar kepada pelatih-pelatih dan guru-guru.
RUMUSAN DALAM PETA MINDA
Mengadakan Pameran
Menurut Muhd Abi Sofian dlam bukunya mengurus gerai pameran (2005), pameran boleh didefinasikan sebagai salah satu saluran komunikasi sosial yang menghubungkan antara penyampai dalam pameran dengan masyarakat yang mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.
Ciri-ciri pameran Bahasa melayu berbantukan komputer
- Mempamerkan bahan bahasa Melayu berbantukan komputer
- Terdapat kiosk setiap tajuk dalam proforma
- Penerangan yang lengkap untuk setiap bidang
MINGGU 14: BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
MAKSUD CAKERA PADAT
CARA CAKERA PADAT MENYIMPAN DATA
PERBEZAAN CD DAN DVD
MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
JENIS-JENIS CAKERA PADAT
Definisi
Cakera padat (bahasa Inggeris: compact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini (2007). Sebuah CD audio terdiri daripada satu atau lebih runut stereo yang disimpan menggunakan pengekodan PCM 16-bit pada kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan). Terdapat juga cakera 80 mm yang kekadang digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.
Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali (CD-R dan CD-RW). CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini (2007). CD dan produk-produk lanjutannya telah amat berjaya: pada tahun 2004, jualan tahunan CD-Audio, CD-ROM, dan CD-R di seluruh dunia mencapai sekitar 30 bilion keping cakera.
Memahami cakera padat CD dan DVD
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.
Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format. Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.
Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja.
Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama.
Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVDsedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.
Format DVD | Ciri-ciri |
DVD-R | DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD. |
DVD+R | Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal. |
DVD-RAM | DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak. |
DVD-RW | DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secaraurutan. |
DVD+RW | Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal. |
DVD-R/W | Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah). |
DVD+R/W | Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah) |
Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
Keselamatan ICT sekolah
1. Empat aspek
- Tanggungjawab
- Keselamatan fizikal
- Keselamatan sistem
- Keselamatan data
Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai maklumat karajaan.
Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.
Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh pengguna.
Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses dengan kata laluan.
Penjagaan Cakera Liut
- jangan sentuh bahagian cekera yang terdedah
- jangan letak benda berat di atasnya
- jauhi daripada makanan, minuman, debu dan asap
- jauhi daripada medan magnet
- jauhi daripada kepanasan dan kesejukan yang ekstrim
- masukkan disket dengan cermat ke dalam pemacu cakera
- selalu simpan disket dalam kotak apabila tidak diguna
Rujukan:
Subscribe to:
Posts (Atom)